share la link blog korang(^_^) tq...Kn0wledge increases by sharing n0t by saving

Friday, November 4, 2011

Ini cerita biasa saja

assalamualaikum w.b.t...
salam sayang buat semua yang masih sudi menjenguk "SINAR MENTARI" ini:)

alhamdulillah,masih diberi kesempatan oleh yang Maha Kuasa..

untuk menulis dan mengingatkan diri sendiri yang makin lalai dan leka...

pulang ke rumah hari ini dengan perasaan teruja:)alhamdulillah,terima kasih kerana masih sudi menemukan aku dengan keluargaku:)

dalam perjalanan, aku terdengar perbualan 3 orang adik yang cukup manis..
semoga mereka menjadi wanita solehah:)

entah mengapa aku berfikir panjang..
adakah ini cerita biasa,yang tak akan pernah basi...???
soal cinta remaja yang tiada penghujungnya...

terkenang diriku ketika di usia itu..
mabuk mencari idaman hati...
di khalayak umum kita bebas bercerita..
tanpa segan silu mempamerkan wajah ceria..
teruja mengagungkan sang teruna yang masih tidak halal...
bangga kerana kita sudah "berpunya"...
adakah itu nilaiannya...

ini cerita biasa..
ini cerita yang tidak pernah jemu dibicarakan...

sekarang bukan masanya untuk aku fokus pada cinta yang tak kekal( sekadar mengingatkan diri)
walaupun kau punya sejuta impian..
namun  jangan pernah kita lupakan Tuhan..
Dialah Pemberi segalanya...

mengapa kita tak bangga dalam membuat publisiti tentang cinta pada Allah dan Rasulullah S.A.W...?
mengapa tak gunakan kesetiaan kita itu untuk terus menagih redha Illahi?
mengapa tak salurkan segala rindu itu buat kekasih Allah yang mulia?



wallahualam...moga kita direzekikan dengan rasa rindu dan cinta yang mendalam buat junjungan besar yang mulia..agar hidup kita akan sentiasa bahagia dalam rahmatnya..ameen~

p/s: seorang guruku berpesan,betulkan niat dan bulatkan tekad..rendahkan hatimu,..agar apa yang kau lakukan kerana Allah semata..bukan untuk promosi dirimu...moga Islam tetap UNGGUL:) amzb~

0 mentari comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...