Aku tahu belum tiba masanya..
Kerana aku masih tak mampu bertanggungjawab..
Memegang jawatan dalam persatuan pun aku tak mampu,
Aku lalai, tak layak dan tak mampu..
Maafkan aku Tuhan,aku tak mampu pikul amanah itu..
Aku tewas dalam nafsu..ampunkan aku Tuhan…
Hanya Engkau yang mampu mengubah hati manusia,hanya Engkau yang mampu memberi hidayah dan taufiq J
Naluri dan impianku kini memuncak Tuhan,
Namun aku tahu yang aku perlu bersabar..
Menanti pasangan hidup yang telah ditakdirkan olehMu membuatkan aku semakin dekat denganMU..alhamdulillah,Engkau masih campakkan kesabaran buat jiwa hamba yang lemah ini..
Aku tahu memiliki Engkau segala-galanya sudah sempurna,
Namun aku risau,mengapa aku masih mengimpikan kekasih di dunia yang fana ini…
Atas dasar fitrah,kadang-kadang rasa lemah..
Maafkan aku Tuhan,aku mengimpikan putera agama yang mampu menguatkan cintaku padaMU..
Kerana aku amat memerlukan pendorong cinta suci itu..aku mahu memulakan perjuangan ini..
Agar aku tak ketinggalan..Kurniakan dia di masa yang tepat dan dengan cara yang terbaik Ya Allah
Aku mohon dan mengharap:(
Ya Allah jangan Engkau bolak-balikkan hatiku..
Aku mohon sangat-sangat…
Semoga hatiku,jiwaku,jasadku dan seluruh kehidupanku tetap subur demi Islam dan semata-mata mahukan redhaMU…ameen~
Kepada dia yang aku tunggu..
Moga cinta dan kasih sayang Allah menguatkan kesetiaan kita pada agama..ameen~

0 mentari comel:
Post a Comment