Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalan pengetahuanMU, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMU, aku mengharapkan kurniaanMU yang besar, Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMU yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMU yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMU adalah baik bagiku dan bagi agamaku, baik bagi kehidupanku sekarang dan masa akan datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berikan aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMU hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, dan membawa akibat dalam kehidupanku, baik sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkan aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu..ameen~
p/s: sungguh indah doa ni:) subhanallah~
dulu ingat istikharah ni dibuat masa confuse nak pilih jodoh, tapi luasnya istikharah ni..apabila
kita melibatkan Allah dalam setiap urusan:))
~tapi bagi orang yang hidup dalam jemaah, segalanya diserahkan pada gurunya..kerana gurunya lebih dekat dengan Tuhan, seperti para sahabat yang menyerahkan seluruh keputusan pada
Rasulullah S.A.W kerana Rasulullah adalah kekasih Allah" wallahualam~

0 mentari comel:
Post a Comment