share la link blog korang(^_^) tq...Kn0wledge increases by sharing n0t by saving

Sunday, January 1, 2012

Permulaan pagi, sudah tahun baru ke?

assalamualaikum wbt..

pagi-pagi ni cuba melakar senyum:)
semoga permulaan hari ini baik-baik sahaja...
rasa "down" cuba ditukar menjadi "semangat"
InsyaAllah...alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..masih dikurniakan nyawa..
Moga turut merasai nikmat iman dan islam..

dengan izin Allah jua kita mampu bersyukur,
jadi jangan pernah jemu meraih RedhaNya..walaupun selalu rasa tak upaya..
moga diizinkan Allah, moga rohku yang sakit, kembali pulih..

Moga dipermulaan hari ini aku memperoleh manfaat dalam hidup..
agar dapat menabur hikmah buat sesama makhluk..agar diri yang hina mampu bertahan..
Jangan Engkau bolak-balikkan hatiku Ya Rabb!
ameen~

takut untuk menghadapi kenyataan, tapi kita tak akan berjaya melawan takdir..
Takdir Allah yang mempunyai pelbagai hikmah..InsyaAllah..

ya!sudah tahun baru 1/1/2012..(7 Safar)
tapi diri masih ditakuk lama..
moga tak kekal dalam mazmumah selamanya..moga sinar cahaya makin hampir..

berkata seorang ustaz di kampung yang lebih kurang begini maksudnya:

jangan lupa bagi makan pada ROH kita..kesian dia lapar..
jasad kita InsyaAllah, sihat dan makin sihat,..
tapi roh makin kurus melidi..
berbuat sesuatu kerana Allah,
bukan sebab orang, mak ayah suruh..
sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk roh sendiri..
moga jiwa akan tenteram..ameen~
Moga dapat beramal denganNya..

Semoga dengan berkat tahun baru ini..
Tuhan dapat dibesarkan dalam diri..Moga dapat ditambah "bekalan" ke akhirat yang kekal abadi,

Moga kecintaan pada Rasulullah S.A.W semakin mantap..Moga dapat mengamalkan kebaikan..Istiqamah hati di jalanNya..moga dapat menyumbang kepada Agama Islam tercinta..Moga Islam segera bangkit di tangan pemimpin kebenaran..Taubatkan kami Tuhan..ameen~

p/s: umur 22 tahun dah nak berlalu..hasrat belum tercapai:) InsyaAllah, yakin dengan Allah!!:)



       Semoga Allah kurniakan yang terbaik buat kita di dunia dan akhirat..InsyaAllah:)

1 comment:

Penyelamat Dunia said...

Kita sebagai jiran tetangga digalakkan untuk saling ziarah menziarahi.. huhu..
Jom masuk blog saya. Ada post terbaru bertajuk 7 Tempat Betul Paling Senang Untuk Anda Dirompak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...